OTTAWA, 20 Jun- Perjanjian pertahanan baharu Rusia dengan Korea Utara menunjukkan penjajaran keselamatan yang semakin meningkat, menggariskan kepentingan demokrasi serta perpaduan, kata ketua NATO pada Rabu.
Presiden Rusia, Vladimir Putin menandatangani perjanjian ikrar pertahanan bersama dengan Kim Jong Un dari Korea Utara, satu langkah yang merombak dasar Moscow terhadap Pyongyang.
Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg berkata Korea Utara telah menyediakan "sejumlah besar peluru" kepada Rusia manakala China dan Iran menyokong Moscow daripada segi ketenteraan dalam perangnya menentang Ukraine.
"Kita perlu sedar bahawa kuasa autoritarian semakin sejajar. Mereka menyokong satu sama lain dalam cara yang tidak pernah kita lihat sebelum ini," katanya pada perbincangan panel semasa lawatan rasmi ke Ottawa.
Keakraban yang semakin meningkat antara Rusia dan negara-negara Asia lain, mendesak NATO memulakan langkah kerjasama dengan negara rantau Asia Pasifik.
Susulan itu, pemimpin dari Australia, Jepun, New Zealand dan Korea Selatan turut dijemput untuk Sidang kemuncak NATO di Washington, bulan depan.
"Anggota NATO yang lain prihatin tentang imbangan fiskal, mereka mahu membelanjakan wang untuk kesihatan dan pendidikan."
"Jika kita tidak dapat memelihara keamanan, maka apa yang kita lakukan terhadap kesihatan dan perubahan iklim dan pendidikan, akan gagal," tambah Stoltenberg.