fb fb fb fb fb

Menara pencawang elektrik runtuh di New Zealand, ribuan rumah dilapor terjejas

Foto Media Sosial

SYDNEY, 20 Jun- Beribu-ribu rumah di utara New Zealand kehilangan kuasa pada Khamis selepas menara penghantaran (pencawang) runtuh, kata pemancar kuasa milik kerajaan Transpower.

Gangguan itu telah menjejaskan sebahagian besar wilayah Northland New Zealand yang menempatkan kira-kira 200,000 penduduk.

Insiden berlaku pada pukul 11.00 pagi waktu tempatan pada Rabu, berikutan hujan lebat.

"Menara itu jatuh manakala litar penghantaran kedua yang membekalkan kawasan ini tidak berfungsi untuk penyelenggaraan berjadual."

"Transpower sedang menilai berapa lama masa yang diperlukan untuk mengembalikan litar itu kepada perkhidmatan," katanya dalam satu kenyataan.

Gangguan itu turut menjejaskan lampu isyarat jalan raya dan pegawai menggesa agar pemandu lebih berhati-hati.

Banyak sungai di utara mengalir menghampiri paras bahaya, selain banjir telah menjejaskan jalan raya dan lalu lintas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM