fb fb fb fb fb

Korea Utara pertahan hak lancar peluru berpandu balisitik

FOTO AFP

NEW YORK, 14 Julai- Korea Utara memaklumkan pelancaran peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) baru-baru ini adalah haknya untuk mempertahankan diri.

Ia disifatkan sebagai usaha Pyongyang menghalang pergerakan tentera musuh dan menjaga keselamatan negara.

Demikian dinyatakan Duta Korea Utara ke Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB), Kim Song kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC).

Beliau menolak dan mengutuk mesyuarat yang diadakan itu.

Ia menyusuli kenyataan mesyuarat UNSC merangkumi 15 anggota diterajui Amerika Syarikat dan sekutunya mengenai tindakan negaranya menguji ICBM Hwasong-18, pada Rabu lalu.

Kali terakhir Korea Utara bercakap pada mesyuarat PBB mengenai program nuklear dan peluru berpandu balistiknya pada Disember 2017.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu