BEIJING, 14 Julai- Pihak berkuasa Chongqing mengeluarkan amaran bahaya (merah) susulan bandar itu terjejas teruk akibat banjir kilat di China.
Hujan lebat turut menjejaskan 24 daerah lain, dengan situasi di Chongqing mula mengancam nyawa penduduk susulan paras air sungai mula melimpah.
Lebih 2,600 penduduk dipindahkan awal pagi Jumaat selepas hujan lebat membanjiri jalan dan rumah di Chongqing, lapor Xinhua.
Hujan yang tidak henti-henti telah menyebabkan beribu-ribu orang kehilangan tempat tinggal di beberapa bahagian negara.
Beberapa hari lalu, lebih 40,000 orang terpaksa dipindahkan ke tempat selamat di wilayah Sichuan.
Media tempatan menunjukkan air 'terjun' hujan menyelubungi kereta dan trak di Chongqing, dengan sungai lumpur coklat tebal menimbus traktor dan lori di jalanan.
(FOTO REUTERS)
"Ribut itu tidak henti-henti di 28 daerah dan daerah Chongqing sejak Khamis, dengan hujan harian maksimum yang memecahkan rekod sebanyak 227 mm (8.9 inci) di daerah Wanzhou, menurut perkhidmatan meteorologi tempatan," lapor media kerajaan.
China mempunyai sistem amaran cuaca berkod warna empat peringkat untuk bencana hujan dan geologi, dengan merah mewakili amaran paling teruk, diikuti dengan oren, kuning dan biru.
Pegawai tempatan juga mengeluarkan pelan tindak balas kecemasan yang dinaik taraf dan memberi amaran tentang banjir dan tanah runtuh.
Sementara itu, parti Komuniti yang memerintah terus menekankan langkah pencegahan banjir di seluruh negara.- REUTERS