fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar tiga peluru balistik ke laut Jepun

SEOUL, 25 Mei- Korea Utara melancarkan tiga peluru berpandu balistik ke laut Jepun, awal hari ini.

Perkara itu disahkan Ketua Staf bersama Korea Selatan.

Dalam satu kenyataan ia menyebut tiga peluru berpandu itu, dikesan dilancarkan dari kawasan Sunan, masing-masing pada pukul 6-pagi, 6.37 minit pagi dan 6.42 pagi waktu tempatan.

(Foto fail /AFP)

BERITA BERKAITAN
*Korea Utara perlu mansuh sepenuhnya program nuklear, Seoul janji bantu ekonomi
*Perbincangan isu Korea Utara lancar peluru berpandu balistik, dijangka esok
*Korea Utara lancar peluru berpandu balistik ke arah timur
*Korea Utara uji lagi senjata baharu

"Peluru berpandu balistik pertama (disyaki ICBM) mempunyai jarak sekitar 360 kilometer (225 batu) dan ketinggian sekitar 540km,

“Butiran itu di bawah analisis rapi oleh perisikan Korea Selatan dan AS,” kata wakil Seoul dalam satu kenyataan.

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida memberitahu media, Tokyo sedang berusaha untuk mengesahkan maklumat mengenai pelancaran peluru berpandu berkenaan. -AFP

Media Baharu