fb fb fb fb fb

Jumlah korban insiden tembakan rambang di Texas meningkat kepada 21 orang

TEXAS, 25 Mei- Insiden tembakan rambang di sebuah sekolah rendah di Texas, Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan jumlah kematian kepada 21 orang.

Ini susulan empat lagi kematian membabitkan murid sekolah rendah terbabit menjadikan jumlah keseluruhan murid terkorban 18 orang.

Menurut Senator Texas, Roland Gutierrez jumlah mangsa dewasa yang terkorban melonjak kepada tiga orang.

Semalam, sekurang-kurangnya 14 pelajar dan seorang guru maut dalam insiden terbabit.

Suspek, Salvador Ramos, 18 tahun yang membawa selaras senapang patah dan sepucuk pistol, ditembak mati oleh anggota polis yang dikerah ke sekolah itu.

(FOTO AFP)

Remaja berkenaan dipercayai menembak mati neneknya sebelum menuju ke sekolah tersebut.

Setakat ini tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai motif kejadian.

Presiden Joe Biden mengarahkan bendera negara itu, dikibarkan separuh tiang di pejabat Kerajaan, bangunan dan kapal tentera.

Kes kematian akibat serangan senjata api di Amerika Syarikat mencatatkan peningkatan hampir 35-peratus kepada 19-ribu 350 kes pada tahun 2020. -AFP

Media Baharu