fb fb fb fb fb

Bekas pesakit COVID-19 berisiko alami darah beku di paru-paru

WASHINGTON, 25 Mei- Bekas pesakit COVID-19, berisiko mengalami darah beku di saluran darah ke paru-paru, dua kali ganda berbanding mereka yang tidak dijangkiti.

Mereka juga berisiko mengalami masalah pernafasan.

Satu daripada lima individu dewasa berusia 18 hingga 64 tahun dan satu daripada empat indvidu berusia lebih 65 tahun mengalami masalah kesihatan yang dipercayai mempunyai kaitan dengan serangan COVID-19.

Kajian berkenaan dilakukan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat.

(Foto hiasan)

Dalam semua keadaan, risiko pembentukan darah beku pada paru-paru adalah lebih tinggi dalam kedua-dua kelompok usia berkenaan.

Begitu juga dengan masalah pernafasan seperti batuk yang kronik atau sesak nafas.

Kajian tersebut berdasarkan rekod lebih 350-ribu pesakit COVID-19 yang dilaporkan dari Mac 202 hingga November 2021. -AFP


Media Baharu