fb fb fb fb fb

Hampir 35,000 penduduk di barat Niger, larikan diri akibat keganasan

NIAMEY, 25 Mei- Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa peningkatan keganasan di barat Niger, sejak Januari lalu telah memaksa lebih ramai penduduk meninggalkan kediaman mereka.

Menurut Pejabat Penyelaras Hak Asasi Kemanusiaan (OCHA), sejak April lalu, 34, 700 penduduk yang tinggal di Tillaberi terpaksa melarikan diri ke tempat selamat.

Manakala, sebanyak 136 kes keganasan dilaporkan dari Januari hingga April tahun ini, berbanding 93 kes dalam tempoh sama tahun lalu.

Sementara, dari 1 Mei hingga 19 Mei lalu, 43 orang awam terbunuh dan lebih 22 lagi diculik di Torodi, Tera dan Gotheye di daerah Tillaberi yang bersempadan dengan Burkina Faso dan Mali.

(Foto fail / AFP)

Menurut Menteri Pertahanan Niger, Alkassoum Indatou, pasukan pertahanan dan keselamatan telah melancarkan operasi pembersihan pada 16 Mei.

Katanya, setakat 23 Mei, dua anggota pasukan pertahanan dan keselamatan cedera, selain beberapa kenderaan juga rosak.

Namun pihaknya berjaya meneutralkan 65 kumpulan pengganas.

Niger, yang merupakan negara termiskin di dunia mengikut penanda aras indeks PBB, berdepan dengan pemberontakan di sempadan barat anatara Mali dan Burkina Faso dan di sempadan tenggara Nigeria.

Negara ini adalah rumah kepada puluhan ribu orang yang kehilangan tempat tinggal, serta pelarian dari Nigeria, Mali dan Burkina Faso.

Niger juga mengalami krisis makanan yang teruk disebabkan oleh kemarau dan keganasan yang telah menghalang petani daripada mengusahakan tanah mereka. -AFP

Media Baharu