fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar peluru berpandu jelajah

FOTO AFP/KCNA VIA KNS

SEOUL, 30 Januari- Korea Utara melancarkan satu lagi peluru berpandu hari ini yang disifatkan Pyongyang sebagai senjata 'generasi baharu' negaranya.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan (JCS) memaklumkan, tentera Korea Selatan telah mengesan beberapa peluru berpandu jelajah yang dilancarkan ke Laut Barat Korea Utara sekitar pukul 7.00 pagi tadi waktu tempatan.

"Agensi perisikan Korea Selatan dan AS (Amerika Syarikat) sedang menjalankan analisis terperinci.

“Tentera kami bekerjasama rapat dengan AS sambil mengukuhkan pengawasan dan kewaspadaan, serta memantau dengan teliti aktiviti Korea Utara,” ujarnya.

Bagaimanapun, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) tidak menyenaraikan ujian peluru berpandu jelajah sebagai larangan, berbanding peluru balistik.

Minggu lalu, Pyongyang memberitahu telah menjalankan ujian pertama terhadap generasi baharu peluru berpandu jelajah strategik.

AS dan Korea Selatan kemudian menuduh Korea Utara membekalkan senjata kepada Rusia untuk digunakan ke atas Ukraine.

"Adalah dipercayai bahawa Korea Utara telah memulakan pengeluaran besar-besaran peluru berpandu jelajah yang dipesan oleh Rusia.

"Eksperimen peluru berpandu di laut (yang dipesani ini) menyebabkan gangguan kepada Korea Selatan dan AS," jelas Ahn Chan-il, penyelidik di Institut Dunia untuk Kajian Korea Utara. -AFP

3001 BD KOREA UTARA PELURU BERPANDU 2

FOTO AFP/KCNA VIA KNS

SITI AISHAH BINTI MD ISA