TEL AVIV, 30 Januari- Kumpulan pejuang Palestin, Hamas melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke arah Tel Aviv, kawasan yang dijajah Israel, semalam.
Hamas mengaku bertanggungjawab atas serangan melibatkan sekurang-kurangnya 15 roket yang dilancarkan dari Gaza pada petang, waktu puncak itu.
Siren kecemasan dibunyikan hingga mencetuskan huru-hara apabila penduduk panik dan melarikan diri untuk mencari perlindungan.
Jumlah kerugian atau kecederaan tidak didedahkan pihak zionis. -Reuters