fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar peluru berpandu ICBM pertama selepas tujuh minggu

FOTO AFP

SEOUL, 19 Februari- Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik antara benua pertamanya dalam tempoh tujuh minggu semalam, dipercayai mendarat di zon ekonomi eksklusif Jepun.

Menteri Pertahanan Tokyo, Yasukazu Hamada memaklumkan peluru berpandu itu mempunyai kapasiti bergerak sejauh 14,000 kilometer dan mampu menyasarkan mana-mana bahagian di Amerika Syarikat.

Spesifikasi terperinci mengenainya sedang dianalisis dengan teliti oleh pihak berkuasa perisikan Korea Selatan-Amerika Syarikat.

Sementara itu, Korea Utara memberitahu ujian peluru berpandu balistik antara benua yang dilancarkan itu merupakan Hwasong-15.

Ia merupakan sebahagian daripada latihan mengejut yang dijalankan.

Media kerajaan KCNA memaklumkan peluru berpandu itu dilancarkan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pyongyang telah mendapat persetujuan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un.

Terdahulu, Pyongyang mengancam latihan tentera Amerika Syarikat-Korea Selatan yang disifatkan sebagai persediaan untuk berperang.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu