fb fb fb fb fb

Jimmy Carter mahu habiskan sisa hidup bersama keluarga

FOTO REUTERS

ATLANTA, 19 Februari- Bekas Presiden Amerika Syarikat, Jimmy Carter akan menghabiskan sisa hayatnya di rumah bersama keluarga dan menerima rawatan hospis.

Kenyataan Carter Center memaklumkan selepas menerima rawatan yang singkat di hospital, Carter memutuskan untuk menghabiskan sisa hidupnya di rumah bersama keluarga dan menerima rawatan hospis.

Beliau mendapat sokongan penuh keluarga dan pasukan perubatannya.

Keluarga Carter memohon agar diberikan ruang privasi pada saat ini dan berterima kasih atas keprihatinan yang ditunjukkan ramai penyokongnya.

Carter disahkan mengalami beberapa masalah kesihatan sejak beberapa tahun kebelakangan ini termasuk kanser otak.

Beliau merupakan pemimpin parti Demokrat dan berkhidmat sebagai presiden Amerika Syarikat dari 1977 hingga 1981.

Beliau merupakan bekas presiden Amerika Syarikat tertua yang masih hidup.-REUTERS


(FOTO REUTERS)

Media Baharu