fb fb fb fb fb

Israel sahkan pembunuhan Ketua Hamas Gaza, Mohammad Sinwar

Imej tangkap layar skrin menunjukkan ketua Hamas Gaza, Mohammed Sinwar, yang diambil daripada video edaran yang dikeluarkan tentera Israel pada 17 Disember 2023. / Foto REUTERS

KHAN YOUNIS, 1 Jun-Tentera Israel mengesahkan pada Sabtu bahawa mereka telah membunuh ketua Hamas di Gaza, Mohammad Sinwar dalam satu serangan udara pada 13 Mei.

Kenyataan berkenaan mengesahkan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu pada Rabu lepas.

Menurut kenyataan di laman sesawang rasmi tentera Israel, Mohammad Sinwar merupakan sasaran dalam serangan ke atas Hospital Eropah di Khan Younis, selatan Gaza, awal bulan ini.

Serangan tersebut memaksa pemindahan pesakit dari hospital berkenaan.

Kementerian Kesihatan Gaza melaporkan bahawa sembilan peluru berpandu mengenai kawasan dan sekitar perkarangan hospital itu, menyebabkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 70 lagi cedera.

Mohammad Sinwar ialah adik kepada Yahya Sinwar, bekas ketua Hamas yang terbunuh dalam serangan Israel pada 17 Oktober 2024.

Setakat ini, Hamas masih belum mengesahkan atau menafikan kematian Mohammad Sinwar.-REUTERS.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD