fb fb fb fb fb

Gempa bumi magnitud 5.1 landa wilayah Kahramanmaras, tiada kemalangan jiwa

DEMIRKOPRU, 19 Februari- Gempa bumi pada magnitud 5.1, menggegarkan wilayah selatan Kahramanmaras.

Pengurusan Bencana dan Kecemasan Turkiye (AFAD) memaklumkan gempa bumi berkenaan melanda daerah Goksun pada pukul 10.31 malam waktu tempatan dengan kedalaman 12.18 kilometer.

Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan akibat gempa bumi terbaharu itu.

Setakat ini, lebih 46,000 angka korban dicatatkan akibat gempa bumi yang memusnahkan sebahagian Turkiye dan Syria.

(FOTO REUTERS)

Bagi menangani krisis kemanusiaan di kedua-dua negara, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) terus memohon bantuan antarabangsa berjumlah AS$1 bilion.

Sumbangan berkenaan berupaya membantu 5.2 juta individu yang terkesan hanya untuk tempoh tiga bulan. -AFP

Media Baharu