fb fb fb fb fb

Pesawat kecil terhempas di Filipina

(FOTO HIASAN)

MANILA, 19 Februari- Sebuah pesawat kecil dengan empat orang di dalamnya telah terhempas di tengah Filipina.

Ketika ini, penyelamat sedang mencari mangsa yang terselamat pada Ahad, kata seorang pegawai penerbangan.

Pesawat Cessna 340 itu hilang awal pagi Sabtu sejurus selepas berlepas ke Manila dari Lapangan Terbang Antarabangsa Bicol, selatan ibu negara, kata Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Filipina (CAAP) dalam satu kenyataan.

Pesawat itu membawa dua penumpang, seorang juruterbang dan seorang anak kapal, tambah pengawal selia penerbangan.

Pasukan mencari dan menyelamat tempatan telah mengenal pasti kemungkinan lokasi nahas berhampiran lapangan terbang, jurucakap CAAP Eric Apolonio memberitahu AFP.

"Masalahnya ialah cuaca buruk dan ia menghalang pencarian di darat," tambahnya.

Kemalangan itu berlaku kurang sebulan selepas sebuah lagi pesawat Cessna hilang pada 24 Januari di wilayah utara Isabela. Pencarian serpihan pesawat itu masih diteruskan, kata Apolonio.

Dalam kejadian berasingan, dua pegawai tentera udara Filipina turut terbunuh dalam latihan bulan lalu apabila pesawat SF260 Marchetti yang mereka naiki terjatuh atas sawh padi di wilayah Bataan, dekat Manila.- AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu