fb fb fb fb fb

Korea Utara lancar peluru berpandu balistik lagi

FOTO AFP

SEOUL, 14 Mac- Korea Utara dilaporkan telah melepaskan dua peluru berpandu balistik jarak dekat pada Selasa.

Pelancaran dari Pyongyang itu merupakan kali kedua dalam tiga hari dan yang pertama sejak Korea Selatan dan Amerika Syarikat memulakan latihan ketenteraan terbesar bersama dalam tempoh lima tahun.

Washington dan Seoul telah meningkatkan kerjasama pertahanan dalam menghadapi ancaman ketenteraan dan nuklear yang semakin meningkat dari Korea Utara.

Beberapa siri ujian senjata terlarang yang dilancar, menunjukkan tindakan provokatif dalam beberapa bulan kebelakangan ini.

Ketua Turus Bersama Korea Selatan berkata tentera telah mengesan dua peluru berpandu balistik jarak dekat yang dilepaskan antara 7.41 pagi dan 7.51 pagi waktu tempatan, yang terbang sejauh kira-kira 620 kilometer.

"Tentera kami telah memperkukuh pengawasan dan kewaspadaan sebagai persediaan untuk pelancaran tambahan," tambahnya.

Jurucakap kerajaan Jepun, Hirokazu Matsuno berkata peluru berpandu itu tidak mendarat di perairan negaranya, walaupun Tokyo mengesyaki Korea Utara mungkin mengambil tindakan provokatif selanjutnya.

Pelancaran itu dibuat hanya beberapa hari selepas Pyongyang melepaskan dua peluru berpandu jelajah strategik dari sebuah kapal selam sebagai protes jelas terhadap latihan AS-Korea Selatan.-AFP


(FOTO AFP)

Media Baharu