BEIJING, 14 Mei - Perjanjian dagang antara Amerika Syarikat (AS) dan China akan menyaksikan pengurangan besar terhadap kebanyakan tarif berkuat kuasa hari ini.
Ini sekali gus memberi sedikit kelegaan dalam ketegangan perang dagang yang telah menggugat pasaran global dan rantaian bekalan antarabangsa.
Terdahulu, media melaporkan China dan AS bersetuju untuk melonggarkan tarif selama 90 hari susulan lanjutan rundingan berhubung perang dagang antara kedua-dua negara.
Menurut laporan agensi berita AFP, perjanjian tersebut dicapai hasil rundingan kedua-dua negara yang berlangsung hujung minggu lalu di Geneva. - AFP