GAZA, 14 Mei - Sekurang-kurangnya 29 terkorban dalam serangan udara Israel di Gaza pada Rabu, menurut Pasukan Pertahanan Awam Palestin.
Jurucakap pertahanan awam, Mahmud Bassal, berkata seramai 25 orang maut dan puluhan lagi cedera dalam serangan di kawasan Jabalia, utara Gaza.
Manakala, empat lagi terbunuh dalam satu lagi serangan di bandar Khan Yunis di selatan Gaza.
Wilayah Gaza terus menjadi sasaran serangan berterusan Israel sejak 7 Oktober 2023, menyebabkan angka korban semakin meningkat dari hari ke hari. - AFP