fb fb fb fb fb

Banduan tertua Palestin dibebaskan tentera Israel

FOTO REUTERS

RAMALLAH, 14 Mac- Seorang banduan tertua Palestin dibebaskan regim zionis Israel, pada Isnin.

Fuad Shubaki, 83 tahun dibebaskan selepas menjalani hukuman selama 17 tahun kerana didakwa menyeludup senjata.

Beliau sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 20 tahun, yang kemudiannya dikurangkan kepada 17 tahun.

Fuad didakwa cuba menyeludup senjata dari Iran ke kawasan pantai Gaza di atas kapal Karine yang disita oleh Israel di Laut Merah.

Tentera rejim zionis mendakwa kapal itu membawa 50 tan senjata dari Iran menerusi gerakan Syiah yang berpangkalan di Lubnan Hizbullah.- REUTERS


(Banduan tertua Palestin, Fuad Shubaki, 83 tahun dibebaskan/REUTERS)

Media Baharu