fb fb fb fb fb

Bantuan penduduk terjejas banjir di California perlu disegerakan

CALIFORNIA, 14 Mac - Penduduk terjejas banjir di sini, mahu bantuan dapat disampaikan secepat mungkin.

Sebahagian daripada kawasan terbabit masih ditenggelami selepas benteng di Sungai Pajaro gagal berfungsi dan memaksa penduduk berpindah serta merta.

Sejak tahun ini banjir kerap berlaku di sini, ekoran kejadian ribut yang berlaku akhir Disember lalu.

Pada Isnin, kakitangan kecemasan sudah bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan melakukan rondaan sepanjang tebing sungai.

Perintah wajib berpindah kekal berkuat kuasa untuk penduduk di 10 daerah California, menurut Agensi Pengurusan Kecemasan Persekutuan.

(FOTO REUTERS)

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan (NWS) memberitahu kemungkinan banjir di beberapa negeri serta amaran angin ribut. - REUTERS

Media Baharu