fb fb fb fb fb

Dua maut, sembilan cedera dalam rempuhan van

FOTO AFP

QUEBEC, 14 Mac- Dua maut manakala sembilan orang cedera di Kanada susulan satu insiden kemalangan dirempuh sebuah van.

Kejadian berlaku di bandar Amqui, Quebec.

Menurut jurucakap polis, Helene St-Pierre, punca mangsa dirempuh van tersebut masih dalam siasatan.

Jelas beliau, pemandu van tersebut telah ditahan atas kesalahan langgar lari hingga mengakibatkan kematian.

Pihak polis memaklumkan suspek menjadikan pejalan kaki sebagai sasaran utama di sepanjang jalan Amqui.

Dua individu lelaki yang maut berusia 70 tahun dan 60 tahun manakala dua daripada sembilan mangsa yang cedera dilaporkan kritikal.

Insiden itu berlaku sebulan selepas seorang pemandu bas didakwa membunuh dua kanak-kanak selepas merempuh kenderaannya ke pusat asuhan di pinggir bandar Montreal.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu