fb fb fb fb fb

Serangan Rusia ke atas bandar Izyum, ragut empat nyawa

Foto AFP

KIEV, 4 Februari- Empat terkorban dan 20 cedera berikutan serangan peluru berpandu Rusia ke atas bandar Izyum di timur Ukraine pada Selasa, menurut gabenor wilayah Kharkiv dalam satu hantaran di media sosial.

Sebelum perang, Izyum mempunyai sekitar 45,000 penduduk.

Bandar itu telah diduduki oleh Rusia selama beberapa bulan pada awal pencerobohan, Februari 2022 sebelum berjaya direbut semula oleh tentera Ukraine.

Bagaimana pasukan Rusia kini semakin mengukuhkan kedudukan di wilayah itu dan berusaha merampas semula kawasan yang diperoleh Ukraine dalam serangan balas mereka pada 2022, di samping meningkatkan serangan bom di rantau berkenaan.

"Berdasarkan laporan awal, pihak penceroboh telah menggunakan peluru berpandu balistik. Empat orang terkorban," kata Oleg Synegubov di Telegram, sambil menambah bahawa lima mangsa telah dimasukkan ke hospital.

Dalam kemas kini terbaharu, beliau memaklumkan bahawa jumlah mangsa cedera meningkat, dalam serangan yang menyasarkan pusat bandar Izyum, kira-kira 40 kilometer dari barisan hadapan.- AFP

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM