fb fb fb fb fb

Mitch McConnell pulih daripada masalah gegaran otak

FOTO AFP

WASHINGTON, 14 Mac- Pemimpin Republikan Amerika Syarikat, Mitch McConnell kini dibenar keluar dari hospital selepas menjalani rawatan akibat gegaran di otak.

Menurut pengarah komunikasinya David Popp, pemulihan McConnell berjalan dengan baik.

Jelas Popp, langkah seterusnya ialah menjalani terapi fizikal di kemudahan pemulihan sebelum beliau pulang ke rumah.

McConnell, 81 tahun, tersandung ketika majlis makan malam minggu lalu dan dimasukkan ke hospital bagi menjalani rawatan di kepala.

Pasukan perubatan McConnell mendapati pemimpin Republikan itu juga mengalami patah tulang rusuk akibat insiden itu.

McConnell, kini sedang berkhidmat sebagai senator Amerika Syarikat untuk penggal ketujuh.- REUTERS


(FOTO AFP)

Media Baharu