fb fb fb fb fb

Korea Utara kerah pasukan perubatan kebangsaan, perangi wabak usus

(FOTO REUTERS)

SEOUL, 19 Jun - Korea Utara menghantar kru perubatan dan penyiasat epidemiologi ke wilayah yang sedang memerangi wabak penyakit usus.

Sekurang-kurangnya 800 keluarga yang menderita akibat penyakit yang digelar Korea Utara sebagai "wabak enterik akut" itu telah menerima bantuan di Wilayah Hwanghae Selatan setakat ini.

(FOTO REUTERS)

Agensi berita KCNA hari ini memperincikan usaha pencegahan, termasuk kuarantin, saringan intensif untuk semua penduduk dan layanan khas serta pemantauan orang yang terdedah seperti kanak-kanak dan warga emas.

Wabak baharu itu, yang pertama kali dilaporkan Khamis lalu, memberi lebih tekanan kepada Pyongyang yang sedang bergelut memerangi kekurangan makanan kronik dan gelombang jangkitan COVID-19.

Enterik merujuk kepada saluran gastrousus dan pegawai Korea Selatan mengatakan ia mungkin taun atau kepialu.-REUTERS

Media Baharu