fb fb fb fb fb

Biden jatuh basikal namun tidak cedera

(Presiden AS Joe Biden memberi isyarat cergas sebagai jawapan kepada soalan wartawan
mengenai insiden terjatuhketika menunggang basikal pada sebelah pagi.Beliau kemudian pada sebelah petang
ditemui selepas hadir ke Gereja Roman Katolik St. Edmonddi Pantai Rehoboth, Delaware/FOTO REUTERS)


WASHINGTON, 19 Jun- Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden, terjatuh ketika menunggang basikal berhampiran rumah oercutiannya di Delaware, awal pagi semalam, namun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Satu rakaman dilaporkan dalam kalangan White House menunjukkan presiden berusia 79 tahun itu bingkas bangun selepas terjatuh dan menyatakan: "Saya baik".

Beliau berbasikal bersama Wanita Pertama, Jill Biden, di taman negeri berhampiran rumah pantai di Pantai Rehoboth, Delaware kelihatan masih dapat berbual dengan orang ramai yang memerhati ketika terjatuh.

Presiden memberitahu sekumpulan kecil orang yang memberikan semangat ketika dia terjatuh dan wartawan bahawa beliau hilang keseimbangan badan ketika cuba menarik keluar kakinya dari klip basikal.

Jurucakap White House berkata, tiada rawatan lanjut diperlukan dan Presiden tidak sabar untuk menghabiskan keseluruhan harinya dengan ahli keluarga.

Video yang dimuat naik di media sosial pada sebelah petang menunjukkan Presidenmembuktikan terus cergas walaupun mengalami kemalangan kecil pada sebelelah pagi.

Sebagai Presiden AS tertua, kesihatan Biden sering menjadi perhatian, terutamanya ketika spekulasi sama ada beliau akan meneruskan penggal kedua pada 2024.

(Presiden AS, Joe Biden terjatuh dari basikalnya ketika menghampiri orang ramai selepas berbasikal di Taman Negeri
Gordon's Pond di Pantai Rehoboth, Delaware/FOTO  AFP)


Pada November 2020, sejurus selepas pemilihannya sebelum memegang jawatan, Biden mengalami patah kaki ketika bermain bersama anjing peliharaannya.

Bagaimanapun, setahun kemudian, pada November 2021, doktor mengesahkan tiada masalah dengan keadaan kesihatannya dan memberi gambaran presiden itu sebagai sihat dan cergas.

Ketika menjawab soalan wartawan, Biden berkata beliau dalam proses membuat keputusan melonggarkan beberapa tarif yang dikuatkuasakan semasa era Trump ke atas barangan China untuk meredakan tekanan inflasi.

Mngulas perkara itu, beliau berkata, akan berbincang dengan Presiden China, Xi Jinping, tidak lama lagi.

Ketika ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan perkembangan undang-undang senjata api, selepas tembakan besar-besaran di Texas dan New York yang membawa tuntutan baharu untuk bertindak, Biden hanya berkata, beliau gembira dengan tindakan oleh negeri kelahirannya di Delaware, yang meluluskan larangan senjata bergaya-serangan. -AFP

Media Baharu