fb fb fb fb fb

Cacar Monyet: Data negara endemik dan bukan endemik diseragamkan - WHO

(FOTO FAIL AFP)

GENEVA, 19 Jun - Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) akan menghapuskan perbezaan antara negara endemik dan bukan endemik daripada datanya mengenai penyakit cacar monyet.

Ini dalam usaha menyatukan tindak balas terhadap virus berkenaan.

Sekali gus berupaya mendapatkan data secara lebih jelas di semua negara terlibat.

(FOTO FAIL AFP)

Ini berikutan wabak yang secara amnya hanya terhad di Afrika Barat dan Tengah, kini sudah menular ke beberapa benua lain.

Bermula pada 1 Januari hingga 15 Jun, sebanyak 2,103 kes telah disahkan sebagai cacar monyet di 42 buah negara. Satu kematian juga dilaporkan berlaku.

Agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa Bersatu dijadual mengadakan mesyuarat tergempar pada Khamis depan.

Ini bagi menentukan sama ada untuk mengklasifikasikan wabak cacar monyet sebagai darurat kesihatan awam antarabangsa yang membimbangkan.-AFP

Media Baharu