fb fb fb fb fb

AS lulus penggunaan vaksin mRNA untuk kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah

(FOTO FAIL AFP)

WASHINGTON, 19 Jun - Pihak berkuasa Amerika Syarikat meluluskan penggunaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer dan Moderna bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah.

Sekali gus menjadikannya negara pertama yang menggunakan vaksin jenis mRNA bagi kanak-kanak seawal enam bulan.

Ketua Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), Rochelle Walensky percaya, kelulusan itu mampu mengoptimumkan kadar imunisasi secara lebih meluas.

(FOTO FAIL AFP)

"Kami tahu berjuta-juta ibu bapa dan penjaga tidak sabar-sabar untuk mendapatkan anak-anak mereka divaksinasi, dan dengan keputusan hari ini, mereka boleh," katanya menerusi kenyataan.

Sementara Presiden, Joe Biden dalam kenyataan menyebut, ibu bapa boleh membuat janji temu seawal minggu depan di semua hospital, klinik dan farmasi.

Sebaik lampu hijau itu diberikan Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan, pengedaran vaksin akan disegeraka.-AFP

Media Baharu