fb fb fb fb fb

Korea Selatan lancar roket ke angkasa lepas

Korea Selatan melancarkan roket ke angkasa berhampiran Pulau Jeju/REUTERS

SEOUL, 4 Disember- Korea Selatan melancarkankan roket yang membawa satelit berhampiran Pulau Jeju, kata Kementerian Pertahanan.

Perkara itu merupakan ujian ketiga bagi teknologi roket selepas dua roket pernah dilancarkan pada Mac dan Disember 2022.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan pelancaran pada Isnin itu melibatkan teknologi dibangunkan di Agensi Pembangunan Pertahanan yang dikendalikan kerajaan, dan penggalak serta satelit yang dihasilkan oleh Hanwha Systems Korea Selatan.

Hanwha Systems berkata satelit itu, akan digunakan untuk tujuan awam termasuk pemantauan alam sekitar yang berjaya menghantar isyarat kepada pusat kawalan darat.

Kementerian memuji pelancaran itu sebagai mencapai satu kejayaan selepas Pyongyang melancarkan satelit pengintip tentera pertamanya. Namun ia dikutuk oleh Amerika Syarikat dan sekutunya kerana menggunakan teknologi peluru berpandu yang melanggar resolusi keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

Kejayaan pelancaran Korea Selatan membolehkan negara itu mempercepatkan keupayaan pengawasannya, kata kementerian itu.

Roket SpaceX Falcon 9 membawa satelit pengintip pertama Korea Selatan ke orbit pada Jumaat dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg California.

Korea Utara pada Isnin mengecam Washington sebagai "pilih kasih" berhubung pelancaran satelit kedua-dua Korea dan berkata piawaian Amerika itu tidak sukar diterima.

"Korea Utara akan meneruskan misi penting untuk mewujudkan keupayaan pengawasan aeroangkasa untuk memantau dan mengawal secara menyeluruh pergerakan ketenteraan oleh Amerika Syarikat dan seteru yang lain," kata agensi angkasa lepas Korea Utara dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh media KCNA.

Menurut media kerajaan bulan lalu, Korea Utara melancarkan satelit peninjau tenteranya sendiri, dengan pemimpin Kim Jong Un menerima gambar White House, Pentagon dan kapal pengangkut pesawat Amerika di pangkalan tentera laut di Norfolk, Virginia.

Satelit peninjau itu berfungsi boleh membenarkan Korea Utara memantau dari jauh tentera Amerika, Korea Selatan dan Jepun. Satelit Korea Selatan akan mengurangkan pergantungannya kepada sistem perisikan Amerika.

Bagaimanapun Pyongyang tidak mengeluarkan sebarang imej dan meninggalkan penganalisis dengan membahaskan keupayaan satelit baharu itu.- REUTERS

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI