fb fb fb fb fb

Gempa dengan magnitud 5.1 landa selatan Istanbul

Foto fail gempa bumi yang melanda selatan Istanbul pada Februari/REUTERS

ISTANBUL, 4 Disember- Gempa bumi berukuran 5.1 pada skala Richter melanda selatan Istanbul pada Isnin.

Ia menggegarkan sebahagian bandar terbesar di Turki namun tidak menyebabkan kecederaan atau kerosakan serta-merta.

Menurut perkhidmatan kecemasan AFAD pusat gempa bumi terletak di Teluk Gemlik di Laut Marmara, terletak kira-kira 60 kilometer di selatan Istanbul, berhampiran bandar Bursa.

Wartawan AFP merasakan dinding bergegar di kedua-dua belah Asia dan Eropah Istanbul. Siaran televisyen turut menyiarkan orang ramai berjalan keluar di jalan untuk keselamatan.

Pada tahun 1999 gempa bumi berukuran 7.6 pada skala Richter telah mengorbankan lebih 17,000 orang dengan pusat gempa di pinggir timur bandar itu.

Bilangan penduduk Istanbul meningkat dua kali ganda kepada 16 juta orang, sejak kejadian itu.

Dua gempa bumi besar meragut nyawa lebih 50,000 orang di tenggara Turki pada Februari. Ia merosakkan dan memusnahkan puluhan ribu bangunan di beberapa bandar di negara itu.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI