fb fb fb fb fb

Korea Selatan tarik semula arahan wajib pakai pelitup muka

SEOUL, 3 Mei - Pihak berkuasa kesihatan Korea Selatan menarik semula arahan mewajibkan pemakaian pelitup muka ketika ini.

Ia antara langkah terbaharu dalam peralihan ke fasa seterus, selepas kes baharu jangkitan COVID-19 yang dicatat mulai berkurang.

Tinjauan mendapati, orang ramai bagaimanapun masih memakainya sebagai langkah berwaspada.

"Saya cuba untuk tidak memakai pelitup muka apabila keluar rumah tetapi melihat 70 hingga 80 peratus orang di pusat bandar memakainya. Saya rasa masih terlalu awal untuk tidak mengenakan pelitup muka ketika berada di luar," kata Lee Byung Young, 61 kepada Reuters.

(Wanita dilihat mengenakan pelitup muka berjalan melepasi pasangan yang
mengambil gambar di Seoul, Korea Selatan/REUTERS)

Sementara itu, Kim Eun Hee, 52 berkata dia akan berasa lebih selamat jika jangkitan harian menurun kepada kira-kira 5,000 kes.

Menurut Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit, Korea Selatan, sebanyak 20,084 individu dilaporkan positif COVID-19 Ahad lalu.

Jumlah tersebut sedikit berkurang berbanding jumlah sebelum ini.-REUTERS

Media Baharu