fb fb fb fb fb

Berlian gergasi 'The Rock' dijual 20 juta dolas AS

NEW YORK, 3 Mei - Pusat lelongan Christie’s bakal melelong berlian berbentuk pir 228.31 karat pada 11 Mei ini.

Berlian dikenali sebagai 'The Rock' itu dijangka mula dijual pada harga 20 juta dolar Amerika Syarikat (AS).

Jurucakap Christie's, Rahul Kadakia berkata, berlian itu adalah yang terbesar pernah dijual pusat lelongan berpangkalan di Geneva.

Batu permata putih itu dilombong dan digilap di Afrika Selatan sejak lebih dua dekad lalu.

(Berlian gergasi yang digelar "The Rock" dipamerkan di pusat lelong Christie's di Dubai/Getty Images)

Turut dilelong pada jualan 11 Mei ini berlian kuning 205.07 karat yang dikenali sebagai 'The Red Cross Diamond'.

Berlian tersebut dianggarkan mula dijual pada harga 7 juta dolar AS.

Sebahagian daripada hasil jualan akan disalurkan kepada Palang Merah Antarabangsa.

Media Baharu