fb fb fb fb fb

UEFA sekat penyertaan kelab bola sepak Rusia

(Petugas perkhidmatan kecemasan berusaha memadamkan kebakaran
di Kiev, Ukraine pada 28 April 2022/AFP)

 PARIS, 3 Mei - Kelab Rusia diharamkan daripada menyertai Liga Juara-Juara dan semua pertandingan di Eropah yang lain musim depan oleh Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA).

"Rusia tidak akan mempunyai kelab yang bersaing pada kejohanan kelab UEFA bagi musim 2022/23," kata badan induk bola sepak Eropah itu dalam satu kenyataan pada Isnin.

(FOTO AFP)

Kelab dan pasukan kebangsaan Rusia digantung hingga notis selanjutnya oleh UEFA pada Februari berikutan pencerobohan negara itu ke atas Ukraine.

Pengecualian pasukan Rusia daripada Kejohanan Eropah Wanita yang akan berlangsung di England pada bulan Julai juga disahkan semalam dengan Portugal akan mengambil alih tempat mereka.

Portugal yang tewas kepada Rusia dalam playoff kelayakan, akan mengambil tempat dalam Kumpulan C bersama naib juara Piala Dunia 2019 Belanda, Sweden dan Switzerland.

Dalam pada itu, UEFA turut memutuskan bidaan Rusia untuk menjadi tuan rumah Kejohanan Eropah pada 2028 dan 2032 sebagai 'tidak layak'.-AFP

Media Baharu