fb fb fb fb fb

Filipina cadang derma lima juta dos vaksin Sputnik V kepada Mynmar

MANILA, 3 Mei - Filipina bercadang mendermakan lima juta dos vaksin Sputnik V kepada Myanmar.

Menurut Setiausaha Kesihatan negara itu, Maria Rosario Vergeire ini merupakan pemberian pertama negara tersebut selepas berjuang mandapatkan bekalan untuk 110 juta penduduknya, tahun lalu.

Katanya kini bekalan vaksin di Filipina adalah mencukupi.

"Pihak berkuasa sedang mengusahakan untuk mendermakan vaksin itu melalui Persatuan Palang Merah Mynmar," katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.

(Petugas kesihatan menyediakan picagari dengan vaksin Sputnik V di Makati Coliseum,
Makati, Filipina pada 4 Mei 2021/REUTERS)

Menurut Maria sejak rampasan kuasa oleh tentera di Myanmar, kurang separuh daripada 53 juta penduduk negara berkenaan menerima dua dos vaksin COVID-19.

Ini berbanding hampir 6.7 juta penduduk Filipina yang telah lengkap vaksinasi.-REUTERS

Media Baharu