fb fb fb fb fb

Korea Selatan, AS lancar peluru berpandu tanda tindak balas terhadap Korea Utara

(FOTO AFP)

SEOUL, 5 Oktober - Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) menjalankan latihan ketenteraan sebagai tindak balas terhadap tindakan Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik merentasi Jepun.

Semalam, Korea Utara yang bersenjata nuklear menguji peluru berpandu balistik jarak pertengahan (IRBM) lebih jauh berbanding sebelum ini yang telah mendorong Tokyo mengeluarkan amaran pemindahan ke atas penduduknya di beberapa tempat.

(FOTO AFP)

Media tempatan melaporkan, Korea Selatan dan Amerika Syarikat mengadakan latihan mereka sendiri sebagai tindak balas tersebut dengan menembak peluru berpandu darat ke Laut Timur yang juga dikenali sebagai Laut Jepun.

"Kedua-dua tentera melepaskan dua peluru berpandu balistik jarak dekat ATACMS ke dalam air untuk menyerang sasaran maya dengan tepat," kata Ketua Staf Bersama.

Semalam, Jepun mengutuk tindakan Korea Utara melepaskan peluru berpandu balistik yang tidak dikenali dalam siri ujian senjata oleh Pyongyang.

Menurut Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida, tindakan oleh Korea Utara itu adalah satu keganasan terutama apabila telah berulang kali melakukan perkara sama.-AFP

Media Baharu