(Pasukan pengawal pantai Filipina membantu memindahkan penduduk dari rumah mereka yang dilanda banjir/AFP)
ABUYOG, 14 April - Angka korban dalam kejadian tanah runtuh dan banjir di Filipina yang dicetuskan oleh Taufan Megi, meningkat kepada 115.
Semakin banyak mayat mangsa ditemukan dalam lumpur tebal di beberapa buah kampung dalam wilayah Leyte.
Anggota pasukan kecemasan di perbandaran Abuyog menemukan berpuluh-puluh mayat di sebuah kampung nelayan yang dilanda tanah runtuh.
(Rakaman dari udara menunjukkan kawasan kampung Bunga di wilayah Leyte ditenggelami lumpur dan pasir yang disebabkan Taufan Megi/AFP)
Sekurang-kurangnya 26 maut dan kira-kira 150 hilang, dan harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup tipis, lapor AFP memetik pihak berkuasa pada Khamis.
Sebanyak 86 orang lagi disahkan meninggal dunia sekitar Baybay City, manakala lebih 100 gagal dikesan.
Sementara itu, tiga orang dilaporkan lemas di pulau Mindanao, menurut agensi bencana negara dalam kemas kini terbaharunya.
Filipina dilanda Taufan Megi, minggu lepas.-AFP