BANGKOK, 2 Oktober - Angka korban insiden bas sekolah terbakar di pinggir Bangkok meningkat kepada sekurang-kurangnya 23.
Menurut Pesuruhjaya Sains Forensik, Trairong Phiwpan, kesemua identiti mangsa yang meninggal dunia telah dikenal pasti.
Siasatan berhubung punca kejadian juga sedang dilakukan.
Menteri Pengangkutan, Suriya Juangroongruangkit pula memaklumkan, 16 pelajar dan tiga guru sedang mendapat rawatan di hospital.
Ketika kejadian, bas terbabit membawa lebih 40 murid dan guru.
Pelajar dan guru dari Sekolah Wat Khao Phraya di daerah Lan Sak itu sedang dalam perjalanan ke Bangkok untuk program lawatan sambil belajar. -Reuters-