DURBAN, 17 April- Angka korban akibat banjir besar di tenggara Afrika Selatan terus meningkat mencecah hampir 400 orang.
Manakala, 27 yang lain dilaporkan masih hilang dan lebih 40,000 penduduk hilang tempat tinggal.
Pegawai perkhidmatan perubatan kecemasan Durban, Robert McKenzie memberitahu, hujan lebat masih berlaku di wilayah tenggara KwaZulu-Natal (KZN) dan Durban masih diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.
Harapan untuk mencari penduduk yang terselamat juga semakin tipis.
(Pasukan penyelamat sedang melakukan kerja pencarian mangsa banjir. /AFP)
Sementara itu, beribu-ribu mangsa yang terselamat dan kehilangan tempat tinggal selepas kediaman masing-masing musnah, ditempatkan di pusat perlindungan sementara.
Menteri Perumahan Mmamoloko Kubayi, memberitahu 13,593 rumah telah rosak, dengan hampir 4,000 daripadanya musnah.
Tindakan kini lebih tertumpu kepada pemulihan perkhidmatan dan bantuan kemanusiaan. -AFP