BEIJING, 17 April- Sekatan pergerakan yang berterusan bakal menjejaskan industri automotif China.
Ketua Eksekutif XPeng-- He Xiaopeng mengakui sekatan ekonomi memberi kesan teruk terhadap industri pengeluaran kenderaan.
Mac lepas, rekod jualan kereta merosot 10.5 peratus.
(Foto fail/AFP)
Prestasi itu jelasnya jika tidak ditangani bakal menghentikan operasi pengeluaran secara keseluruhan mulai Mei ini.
Sementara itu, Perdana Menteri, Li Keqiang berkata sokongan negara perlu dipertingkatkan termasuk pemotongan nisbah keperluan rizab untuk bank bagi membantu sektor memerlukan.
Ahli ekonomi turut menjangkakan akibat yang lebih besar kesan sekatan pada April dan menjejaskan pertumbuhan ekonomi. -AFP