fb fb fb fb fb

Konsulat Rusia di New York disimbah cat merah, tanda protes

(Konsulat Rusia disimbah cat merah pada Jumaat/AFP)

NEW YORK, 1 Oktober- Pejabat Konsulat Rusia di New York disimbah dengan cat merah, pada Jumaat sebagai tanda protes atas tindakan Presiden Vladimir Putin melakukan pencerobohan terhadap Ukraine.

Panggilan kecemasan diterima awal pagi hari yang sama melaporkan tentang perbuatan vandalisme itu yang dilakukan di bahagian luar bangunan konsulat di Upper East Side Manhattan.

Jurucakap polis berkata, "siasatan sedang dilakukan dan tiada sebarang tangkapan dibuat setakat ini."

Perbuatan tersebut berlaku beberapa jam selepas Putin mengisytiharkan pengilhakan empat wilayah Ukraine merangkumi Luhansk, Donetsk, Kherson dan Zaporizhzhia.

Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky juga menggesa pakatan tentera NATO mempercepatkan keahlian Ukraine.

Pada masa sama, pemimpin antarabangsa termasuk Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden mengecam pengilhakan Moscow.

Seorang pesara, Rosie Morse, yang tinggal berhampiran pejabat konsulat berkata, "vandalisme itu kelihatan seperti karya seni yang disifatkan luahan perasaan tentang Putin."

(Anzila Tumgoeva, memegang papan tanda protes di hadapan Konsulat Rusia/AFP)

Media Baharu