LONDON, 12 Mei- Jerman menegaskan bahawa Rusia harus menghentikan serangan dan mematuhi gencatan senjata terlebih dahulu sebelum rundingan damai secara langsung dengan Ukraine dapat diadakan di Turkiye.
Menteri Luar Jerman, Johann Wadephul berkata, pendirian itu jelas dan konsisten selaras dengan usaha Eropah untuk mengembalikan keamanan di rantau terbabit.
"Gencatan senjata mesti menjadi langkah pertama, dan Ukraine bersedia untuk itu. Kini kami menunggu kesediaan Rusia pula,” katanya kepada media di London.
Tambah beliau, rundingan lanjut bersama rakan sejawat Ukraine akan diteruskan bagi menilai perkembangan semasa dan memastikan momentum ke arah penyelesaian konflik dapat dikekalkan.- REUTERS
BERITA BERKAITAN: