GAZA, 12 Mei- Penduduk Palestin mendesak Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump yang dijangka melawat rantau Teluk, melaksanakan gencatan senjata kekal di Gaza.
Penduduk Palestin turut mendesak kemasukan bantuan kemanusiaan dan memulakan semula proses pemulihan Gaza.
Gesaan itu disuarakan ketika kumpulan Hamas mengumumkan pembebasan Edan Alexander pada Isnin.
Pentadbiran Trump sebelum ini menyatakan bahawa pembebasan Alexander merupakan antara keutamaan mereka.
Trump dijangka memulakan lawatan rasmi ke Arab Saudi, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu bermula pada Selasa.- REUTERS