fb fb fb fb fb

Ukraine dakwa Rusia lancar lebih 100 dron, abaikan gencatan senjata

Foto AFP

KIEV, 12 Mei- Ukraine mendakwa Rusia telah melancarkan lebih 100 dron sepanjang malam pada Ahad, meskipun sekutu Kiev sedang berusaha untuk memulakan gencatan senjata selama 30 hari yang dijadual bermula pada Isnin.

Menurut Tentera Udara Ukraine, serangan dimulakan pada pukul 11.00 malam, melibatkan 108 dron jenis Shahed dan beberapa jenis dron lain.

Setakat pukul 8.30 pagi, sebanyak 55 dron berjaya dipintas.

"Serangan itu dilaporkan mencederakan seorang individu dan merosakkan beberapa bangunan kediaman di wilayah selatan Odesa.

"Di wilayah Donetsk, infrastruktur rel turut rosak dan seorang pemandu tren dilaporkan cedera," menurut kenyataan itu.

Pengendali rel kebangsaan, Ukrzaliznytsia, memaklumkan bahawa cadangan gencatan senjata terus diabaikan dan serangan terhadap kemudahan kereta api masih berterusan.- AFP

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM