fb fb fb fb fb

Tembikai 'gergasi' 49kg kejutkan pekebun di Inner Mongolia

FOTO REUTERS

INNER MONGOLIA, 12 Mei- Seorang pekebun di Inner Mongolia, wilayah autonomi di utara China dikejutkan dengan penemuan sebiji tembikai bersaiz 'gergasi' seberat 49 kilogram yang dituai baru-baru ini.

Rakaman video menunjukkan buah tembikai luar biasa itu dipotong menggunakan pisau, menampakkan isi merah yang segar dengan lapisan kulit sangat nipis.

Menurut pekebun tersebut, hasil tuaian kali ini amat luar biasa dan rasa buahnya juga sangat berjus.

Sebagai perbandingan, rekod dunia bagi tembikai paling berat pernah dicatatkan ialah 159 kilogram yang ditanam oleh Chris Kent dari Sevierville, Tennessee, Amerika Syarikat pada tahun 2013. -Reuters

SITI AISHAH MD ISA