TEL AVIV, 12 Mei– Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, hadir di Mahkamah Daerah Tel Aviv hari ini bagi memberi keterangan dalam perbicaraan kes rasuah yang sedang berlangsung.
Netanyahu, 75 tahun menjadi Perdana Menteri pertama dalam sejarah Israel yang didakwa atas pertuduhan jenayah ketika masih memegang jawatan.
Perbicaraan itu melibatkan tiga kes, termasuk dakwaan menerima hadiah daripada rakan-rakan jutawan serta cubaan mendapatkan layanan istimewa daripada pihak berkuasa sebagai balasan untuk liputan media yang memihak kepadanya.
Beliau hadir secara mingguan untuk prosiding berkaitan dakwaan yang difailkan sejak 2019.
Sehingga kini beliau menegaskan dirinya tidak bersalah serta menafikan sebarang salah laku.
Perbicaraan itu terus menarik perhatian ramai di tengah-tengah krisis politik dan ketegangan serantau yang sedang melanda Israel.- REUTERS