BANGKOK, 12 Oktober - Sekurang-kurangnya 21 warga Thailand terbunuh dalam konflik antara tentera Israel dan kumpulan pejuang Hamas sejak hujung minggu lalu, kata Perdana Menteri Thailand, Srettha Thaivisin.
"Berdasarkan maklumat yang telah dikemas kini malam tadi, serang lagi warga Thailand maut dalam konflik itu. Jumlah kematian kini meningkat kepada 21 orang," katanya.
Menurut Kementerian Sumber Manusia Thailand, kira-kira 30,000 rakyat Thailand berada di Israel yang mana kebanyakannya bekerja dalam sektor pertanian.
Kebimbangan semakin memuncak terhadap nasib 14 warga Thailand yang dijadikan tebusan.
Terdahulu, keluarga mangsa berkumpul di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di Bangkok menunggu ketibaan penerbangan komersial yang membawa 15 rakyat Thailand termasuk mereka yang cedera. – AFP