fb fb fb fb fb

Isteri bekas presiden Gabon dipenjara

(Sylvia Bongo Ondimba Valenti)

LIBREVILLE, 12 Oktober- Isteri kepada presiden Gabon yang digulingkan Ali Bongo Ondimba, telah dipenjarakan, kata peguamnya pada Khamis.

Sylvia Bongo Ondimba Valentin, yang disyaki didakwa menggelapkan dana awam, dipenjarakan pada Rabu, menurut peguamnya Francois Zimeray sambil, mengecam prosedur tangkapan yang dibuat terhadap anak guamnya.

Sylvia didakwa pada 28 September dengan pengubahan wang haram, pemalsuan dan pemalsuan rekod.

Sylvia telah berada bawah tahanan rumah di ibu negara, Libreville, sejak rampasan kuasa 30 Ogos menutup 55 tahun pemerintahan dinasti Bongo.

Golongan 'putschist' mendakwa bekas ketua negara dan oasukannya memalsukan keputusan pilihan raya.

Mereka menuduh Sylvia Bongo dan anaknya, Nourredin Bongo Valentin, memanipulasi bekas presiden itu, yang belum pulih sepenuhnya daripada strok pada 2018.

Mereka berkata kedua-duanya telah mentadbir negara kaya minyak itu dengan berkesa sejak lima tahun lalu dan telah menyalahgunakan wang rakyat.

Nourredin Bongo Valentin telah diletakkan dalam tahanan sejak rampasan kuasa, didakwa dengan rasuah.

"Kami mengecam prosedur haram ini," kata peguam Zimeray.

"Terdapat perbezaan antara keadilan dan tindakan sewenang-wenangnya, antara undang-undang dan membalas dendam."

Bongo, 64, yang memerintah negara Afrika tengah itu sejak 2009, telah digulingkan oleh pemimpin tentera beberapa saat selepas diumumkan sebagai pemenang dalam pilihan raya presiden.

Ramai yang melihatnya sebagai tindakan pembebasan dan bukannya rampasan kuasa tentera.

Ali Bongo dipilih selepas bapanya Omar meninggal dunia pada 2009 selepas hampir 42 tahun memerintah.

Gabon ialah negara ketiga terkaya di Afrika dari segi KDNK perkapita tetapi satu daripada tiga orang hidup bawah paras kemiskinan, menurut Bank Dunia.-AFP


(Sylvia Bongo Ondimba Valenti dan suaminya Ali Bongo Ondimba)

Media Baharu