fb fb fb fb fb

Konflik Kemboja-Thailand : Rundingan diadakan di lokasi berkecuali

Rundingan dua hala di Kuala Lumpur atas faktor keselamatan / Foto AFP

PHNOM PENH, 23 Disember - Kemboja meminta Thailand mengadakan rundingan dua hala di lokasi berkecuali, iaitu di Kuala Lumpur atas faktor keselamatan.

Menteri Pertahanan, Tea Seiha memaklumkan susulan ketegangan yang masih berterusan di sempadan, mesyuarat perlu diadakan di lokasi yang selamat dan berkecuali.

"Malaysia, selaku Pengerusi blok serantau ASEAN, telah bersetuju untuk menjadi tuan rumah bagi rundingan berkenaan,"katanya.

Perkara itu dimaklumkan menerusi surat kepada rakan sejawatannya dari Thailand, Nattaphon Narkphanit.

Permintaan itu, susulan pengumuman Menteri Luar Thailand,Sihasak Phuangketkeow yang mesyuarat bagi merundingkan syarat gencatan senjata bakal diadakan pada Rabu di Chanthaburi.

Kemboja turut menyatakan Thailand telah melancarkan serangan udara ke wilayahnya pada Isnin, selepas Bangkok mengumumkan kedua-dua negara bersetuju untuk mengadakan rundingan berkenaan.

Sementara itu, jurucakap Kementerian Pertahanan Kemboja, Maly Socheata memberitahu media pertempuran di sepanjang sempadan masih berterusan, pada pagi Selasa.-AFP

FAUZIAH ABD RAHMAN