KAWHMU, 23 Disember - Bekas tahanan junta, Kyaw Kyaw Htwe, antara calon yang bakal menjadi tumpuan pada Pilihan Raya Myanmar, yang dijadual berlangsung bermula Ahad ini.
Berusia 60 tahun, calon Parti Rakyat itu menyasarkan untuk bertanding di kerusi yang sebelum ini diwakili tokoh demokrasi negara, Aung San Suu Kyi.
Calon Parti Rakyat itu yang akan menggunakan nama gelaran "Marky" untuk bakal pengundinya tidak menaruh harapan untuk membawa perubahan besar kepada Myanmar namun menyatakan komitmen untuk mengembalikan kestabilan di negara itu.
"Keputusan untuk bertanding demi mengembalikan kestabilan negara daripada perpecahan.
"Kami perlu mengembalikan kepercayaan rakyat di landasan yang sepatutnya dengan kempen tidak tertumpu kepada dasar semata-matanya.
"Rakyat melihat berpolitik seolah-olah melakukan satu 'dosa'. Dan, kami akan melakukan pendekatan yang tidak popular untuk mengembalikan kepercayaan mereka kepada kerajaan,"katanya.
Tentera Myanmar merampas kuasa pada 2021 dengan menggulingkan kerajaan Suu Kyi selepas mendakwa telah berlaku penipuan pilihan raya.
Sementara itu, tentera Myanmar menyatakan kesediaan untuk mengembalikan demokrasi di negara itu.
Pengundian fasa pertama Ahad ini bakal berlangsung di kawasan kawalan junta antaranya Yangon, Mandalay dan Naypyidaw.
Dan, tiada pemilihan di kawasan dikuasai pemberontak.
Dalam masa sama, sebahagian daftar pemilih merancang untuk memboikot pilihan raya berkenaan dengan menyatakan ianya hanya mengesahkan kuasa tentera.-AFP