fb fb fb fb fb

9 cedera akibat dirempuh kereta

Siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden / Foto REUTERS

THE HAGUE, 23 Disember - Sembilan individu cedera termasuk tiga parah selepas sebuah kenderaan merempuh sekumpulan orang awam.

Insiden berlaku di bandar Nunspeet, kira-kira 70 kilometer di timur Amsterdam.

Pihak polis memaklumkan, siasatan awal tidak menunjukkan insiden berlaku secara sengaja, namun siasatan lanjut dijalankan bagi mengenal pasti punca insiden.

"Seorang wanita berusia 56 tahun yang merupakan pemandu kereta berkenaan, telah ditahan untuk siasatan,"kata Pegawai Polis, Anne Coenen.

Pasukan perubatan dihantar ke lokasi insiden bagi membantu mangsa yang cedera.-REUTERS

FAUZIAH ABD RAHMAN