WASHINGTON, 23 Disember - Pentadbiran Presiden Donald Trump menarik balik puluhan duta yang dilantik ketika pentadbiran terdahulu.
Keputusan itu berikutan rombakan dalam kor diplomatik Amerika Syarikat.
American Foreign Service Association memberitahu kebanyakan duta berkenaan merupakan diplomat dan telah dimaklumkan agar melepaskan jawatan masing-masing, selewat-lewatnya pertengahan Januari ini.
Laporan media turut menyatakan, langkah itu melibatkan duta daripada kira-kira 30 negara khususnya di Afrika.
Penarikbalikan itu merupakan julung kali dilaksana walaupun telah menjadi kebiasaan pentadbiran untuk merombak jawatan berkenaan sebelum tempoh perkhidmatan mereka tamat atau digantikan.
Seorang pegawai kanan Jabatan Negara yang mahu identiti dirahsiakan berkata, pertukaran duta merupakan 'proses biasa' dalam mana-mana pentadbiran.
"Duta merupakan wakil Presiden dan menjadi hak Presiden untuk memastikan beliau mempunyai individu di negara-negara berkenaan dapat memajukan agenda 'America First'.
"Bagaimanapun tidak dapat disahkan mengenai perkara itu. Penarikbalikan diplomat tanpa sebab boleh menjejaskan kredibiliti Amerika Syarikat dan merupakan isyarat membimbangkan kepada perkhidmatan profesional,"katanya.
Presiden Donald Trump dan Setiausaha Negara, Marco Rubio sebelum ini telah membuat rombakan dengan memberi keutamaan membanteras imigresen haram, mengurangkan bantuan luar negara serta dasar kepelbagaian. -AFP